Saturday, May 23, 2009

Thanks for being yourself of mine..

In the name of Allah..

terasa juga ingin mencoretkan sesuatu di blog ini..
sebelum tu, betulke tajuk di atas nih?? hmm.. xpela. sorry klu xbape betul sangat.. Penggunaan BI yang kian merosot..sot..sot..

kadang-kadang kita selalu sahaja mendapat atau mengirim ucapan dan mungkin juga dalam bentuk SMS, berupa kata-kata tentang persahabatan dan di akhir ayat tertulis, "Uhibbuki/ka fillah" ataupun "Ukhuwwah fillah abadan abada." Tetapi fahamkah kita maksud sebenar ukhuwah fillah itu? adakah kita sudah benar-benar menjalinkah ukhuwah fillah? yakni hubungan kasih sayang antara individu kerana Allah. Cintakan sahabatnya kerana ALLAH. Adakah kita berukhuwah ikhlas semata-mata kerana Allah? Sahabat adalah cermin diri kita. Seperti yang kita semua tahu, faktor pemilihan kawan adalah sangat penting kerana diri kita banyak dipengaruhi oleh kawan kita. Alhamdulillah, bagi diriku, aku sendiri mempunyai ramai kawan yang baik. Ahli-ahli beytku sendiri sangat baik dan tidak kurang juga amal ibadahnya. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana meletakkan aku di kalangan hamba-hambaMu yang solehah ini. Banyak yang aku pelajari daripada setiap seorangnya. =) Kadang-kadang aku sengaja ingin melihat apa reaksi dan respon mereka apabila aku melakukan kesilapan atau kesalahan. hehe. Tapi selalunya bukan sengaja pun. huhu. Maafkan diriku ini ye kawan-kawan kerana banyak menyakitkan hati kamu semua. Diri yang banyak menguji tahap kesabaran kamu semua. Maafkan juga andai ada yang merasa tidak senang apabila aku rapat dengan seseorang yang lain. Sesungguhnya diri ini juga mendambakan seorang teman. Daku tiada daya berdiri sendiri tanpa teman di sisi. Terima kasih atas segala kasih sayang kalian. Sungguh tak dapat diri yang lemah ini membalasnya. Hanya Allah sahaja yang mampu membayarnya. Seperti yang sudah sering kita dengar, "..bila bertemu tidak jemu, bila berpisah tidak gelisah apabila ukhuwah itu kerana Allah.." Seseorang yang bersahabat kerana Allah juga, dia akan sentiasa mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuan sahabatnya itu. Berapa kalikah kita berdoa untuk sahabat kita? Sesiapa yang mendoakan kesejahteraan orang lain, malaikat juga akan turut berdoa untuk kesejahteraannya. Janganlah 'malu-malu' untuk mendoakan orang lain. Sesungguhnya balasan yang baiklah untuk orang yang berbuat kebaikan.

Seperti sabda Baginda SAW :

"Setiap hamba yg muslim yg mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(Hr Muslim).


Sahabat kerana Allah, bagi pendapat peribadiku sendiri adalah sahabat yang mencintai dan menjalin hubungan dengan rakannya ikhlas semata-mata kerana Allah. Sahabat yang dapat membimbing dan bersama-sama menuju mardhatillah. Apabila dia melihat sahabatnya TERlari sedikit dari landasan, maka dialah yang akan membetulkan semula. Apabila melihat sahabatnya membuat kemungkaran, maka dia akan menasihatinya. Kadang-kadang aku sendiri tak cukup kekuatan untuk menasihati sendiri lalu aku selalunya akan menggunakan jalan kedua. Jika tak boleh jalan kedua, aku gunakan jalan ketiga pula. Berusaha selagi terdaya. Apabila dia melihat sahabatnya dirundung kesedihan dan kemurungan disebabkan masalah dsb, maka dia akan berada di sisinya memberi sokongan dan bantuan. Apabila dia melihat sahabatnya berkasih sesama manusia kerana Allah, maka dia akan tersenyum senang melihatnya. Juga kadang-kadang kita selalu bersangka buruk dan iri hati dengan sahabat kita sendiri. Perasaan seperti ini tidak sepatutnya ada dalam sesebuah perhubungan. Nauzubillah minta dijauhkan sifat mazmumah yang bisa merosakkan hubungan sesama sahabat kita. Ya Allah, ampunkanlah diriku ini yang kadang-kadang terlalu banyak bersangka2 terhadap orang lain. Buangkanlah ia ya Allah andai ia pernah mendiami di segenap ruang diriku. Selalulah berhusnuzzon. Bila kita berfikiran positif, hubungan juga akan jadi positif justeru hidup kita juga akan jadi positif. Jadi, marilah kita saling berkasih sayang!! Spread the love.. Sharing is loving.. buang yang keruh, ambil yang jernih ye.. Terima kasih semua kerana berkasih sayang denganku. I really appreciate it but maybe I just don't know how to express it. This is my weakness. So, I just can express it through my writing. I LOVE ALL OF YOU.. Semoga Chibe Iljimae lebih kuat dan bertambah kuat! hehe. Let us together strive for excellent in this exam! ameen ya Rabb! ok, sampai sini dulu kot. Nak sambung study pulak. Jutaan kemaafan kupohon andai ada terkasar bahasa di sini. Sekadar luahan hati semata. Yang baik itu datang daripada Allah jua yang buruk itu tetapi disandarkan ke atas diri yang lemah ini. Wassalam (-_-)..

0 comments: